Ada satu hari tu, tiba-tiba saya dapat whatsapp. Sebenarnya saya tak kenal siapa pemilik no tersebut. Beliau minta pendapat pasal hal rumahtangga.
Glupp!! Dalam hati kata, aku ni baru sehari dua menikah, ada yang minta pendapat pasal hal rumahtangga? Hais..nak cakap apa? Tak apalah. Saya cuba dengar apa masalah akak tersebut.
"Sebenarnya akak sedang pregnent. Anak ketiga. Akak makan hati dengan suami. Bila dengan akak kasar. Sebenarnya suami akak ada perempuan lain. Setiap hari bergaduh. Kalau akak isukan pasal perempuan tu dia marah sampai naik tangan. Sekarang ni duit belanja rumah dia tak bagi"
"Memanglah akak buat jual online. Alhamdulillah ada duit. Suami berkeras suruh beli barang dapur guna duit bisnes akak. Suami akak baru naik pangkat, memang lain lah dia lepas tu.
Saya tanya. Sejak bila akak tahu suami akak suka 'Main perempuan" ? Akak tu jawab, sebelum nikah lagi macam tu. Oh..dalam hati kesiankan akak tu.
"Akak sebenarnya stress dengan apa yang berlaku, dan tak tahu nak luahkan kat sapa. Jadi akak nak minta pandangan awak"
"akak, sebenarnya, saya tak lah pandai memberi nasihat, tetapi memandangkan akak dalam kebuntuan, saya rasa akak kena banyak-banyak bersabar. Mengadu pada Allah moga Allah beri hidayah pada suami akak. Akak antara orang terpilih diberi ujian seperti ini saat akak mengandung. Kalau saya, tak tahulah apa akan jadi..huhu. Akak cuba amalkan doa Nurbuat ni ye. Bila sampai perkataan 'Hajati" akak niatkan dan doa moga suami akak berubah"
Dalam kekalutan nak tolong cuma doa yang abah bagi je teringat. Maka saya bagi lah akak tu doanya, Abah saya suruh amalkan doa nurbuat. Moga-moga Allah beri jalan pada masalah akak tu. Amin...
Akak tu ucap terima kasih, sebab sudi dengar masalah dia. Saya ok je..ngh..ngeh..ngeh.. grin emoticon
Lepas tu saya luahkan pulak pada en Hubby pulak😜. Rasa simpati yang menggunung pada akak tu..
Rasa geram pada para suami yang melakukan kezaliman pada wanita. Justeru, apa tujuan dia berkahwin dengan perempuan tersebut?? Adakah untuk memuaskan nafsu semata-mata? Atau saja ikut-ikut kawan, nak tunjuk hebat??
Kadang-kadang tak faham perangai sesetengah lelaki ni. Hais.... sabar-sabar.
Saya harap, apa yang saya ceritakan ini menjadi iktibar kepada semua.
Tujuan nikah bukan semata-mata nafsu. Jika tidak mahu bersama lagi, lepaskan lah isteri itu. Supaya dia tidak rasa tertekan dengan perangai suami yang 'Pelik-Pelik"...!!!
Sedih dan simpati pada akak tu...
Setakat ini sahaja entri saya kali ini.. Jumpa lagi di lain waktu.. tat..titi..tutu.. =)
P/s: Lupa pulak. Doa Nurbuat tu boleh cari kat Google ye.. =D
0 ulasan:
Catat Ulasan