Perkara yang anda perlu tahu tentang buat duit dan bina bisnes
1. Online bukan bisnes. Bisnes ialah bisnes!
Online atau Facebook atau Instagram hanyalah platform atau channel membina bisnes.
2. Banyak perkara anda perlu tahu sebelum buat iklan.
Buat iklan bukanlah bisnes! Bisnes ialah bisnes!
Kalau anda terus buat iklan tanpa tahu siapa pelanggan anda, apa mereka mahu, apa yang patut anda tawarkan kepada mereka… anda akan hanya membazir duit iklan!
"Pandai klik butang untuk buat iklan tidak sama dengan pandai membuat iklan yang mendapatkan pelanggan"
3. Apa itu bisnes? Apa itu model bisnes?
Ringkasnya, anda perlu faham:
– bagaimana bisnes anda buat duit
– apa yang anda mahu tawarkan
– kepada siapa anda mahu buat tawaran
– apa yang pelanggan mahukan
Semua ini lebih penting untuk dikuasai daripada ‘bagaimana saya mahu belajar buat iklan?’
4. Buat pemasaran percuma dulu.
Marketing dalam bahasa paling mudah ialah:
a. Memberitahu apa anda mahu beritahu kepada orang yang anda mahu beritahu.
b. Mengenalpasti kepada siapa anda mahu jual dan buat tawaran menarik supaya mereka beli
Perlukah anda keluarkan duit untuk buat 2 perkara a dan b di atas?
TIDAK PERLU!
Buat pemasaran percuma dulu. Beritahu orang sekeliling anda. Kongsi di WhatsApp. Kongsi dengan jiran sebelah. Beritahu kariah masjid. Beritahu kawan-kawan apa yang anda jual dan bagaimana ia bantu mereka.
Buat pemasaran bertarget.
Cari di mana pelanggan anda berada dan berikan tawaran kepada mereka. TERUS kepada mereka!
"Pemasaran berbayar HANYALAH untuk menggandakan kuasa pemasaran anda"
5. Mengapa anda akan rugi apabila buat iklan berbayar.
Kalau pemasaran bertarget percuma anda rugi dan gagal (tiada orang berminat),
pemasaran berbayar akan MENGGANDAKAN kerugian dan kegagalan anda.
Ia mungkin bermakna:
– tiada orang mahu produk anda
– anda tidak pandai menjual dan meyakinkan prospek
Pemasaran berbayar tidak akan mampu menyelesaikan dua masalah di atas.
Jujurnya: kalau anda sudah tawarkan secara TERUS kepada prospek yang targeted yang kenal anda dan mereka tidak mahu, APA HARAPAN orang yang tidak kenal anda akan beli apabila tengok iklan berbayar anda nanti?
Sekali lagi: Pemasaran berbayar HANYALAH untuk menggandakan kuasa pemasaran anda.
Tip Perniagaan ini dari sumber : WhatsApp Group.
0 ulasan:
Catat Ulasan