11/26/2015

Kebaikan Air Alfalfa

Edit Posted by with No comments



Sedikit pengenalan berkenaan daun alfalfa. Alfalfa atau dikenali sebagai Medicago Sativa membawa maksud ' Bapa Segala Makanan' . Gelaran ini di beri oleh orang Arab di Persia. 

Hari ini, saya ingin menulis tentang:-

Kebaikan air/daun alfalfa jika di amalkan dalam kehidupan kita seharian.

Ada beberapa kandungan yang baik dalam daun alfalfa yang wajib kita ketahui. Antaranya:-

1- Daun Alfalfa kaya dengan klorofil, di dalamnya mempunyai lebih kurang 1000g ( 1kg), daun-daun muda alfalfa hijau yang segar diperlukan untuk mengekstrak 2.5g klorofil bermutu tinggi.

2- Kandungan protien dalam alfalfa adalah 18.9% tinggi berbanding daging lembu, hanya 16.5%, manakala 13.1% dalam telur dan 3.3% dalam susu.

3- Sekurang-kurangnya 4 kali ganda tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Seperti kubis, timun dan lain-lain.

4- Jangan anda tidak tahu, terdapat kandungan kalsium di dalam daun alfalfa. Nah..!! ini adalah sebab kenapa anda perlu amalkan minuman ini. Terdapat sebanyak 14 kali ganda lebih daripada germa gandum dan 144 kali lebih dari hati (organ haiwan).

5- Suka saya hendak kongsikan pada anda, daun alfalfa ini mampu membantu meneutralkan asid toksik dalam sistem badan kita, ia dikenali sebagai tumbuhan beralkali.


Faedah Yang Terkandung Di dalam Alfalfa

Suka saya kongsikan bersama anda berkenaan manfaat-manfaat yang terkandung di dalam Alfalfa.

1- Alfalfa bermanfaat mengendalikan kolesterol darah dengan menghilangkan kolesterol jahat dari tubuh. Selain itu, ia mampu mencegah pembentukan plak di dinding arteri sehingga mengurangkan kemungkinan penyakit jantung dan strok.

2- Alfalfa juga mampu menurunkan kadar gula dalam darah. Ia sesuai untuk penghidap diabetes.

3- Alfalfa mempunyai sifat diuretik, ia bermaksud mampu untuk menghilangkan retensi air dalam tubuh.
4- Alfalfa juga boleh mengubati penyakit asma atau dengan kata lain, masalah pernafasan.

5- Selain itu daun alfalfa boleh digunakan untuk mengubati gangguan pencernaan dan untuk detoksifikasi, ia juga mampu mengurangkan kakaluan sendi dan otot. Masya Allah..!! Dasyat sungguh Alfalfa ni.

6- Alfalfa juga boleh dibuat teh, ia dikatakan baik untuk menguatkan sistem kekebalan tubuh, membantu pencernaan dan menyucikan darah.

Waah..!! Banyak sungguh manfaat dan kebaikan daun alfalfa ni. Semoga anda mendapat manfaat dari pembacaan ini. 

Jika anda tercari-cari produk dari daun Alfalfa, boleh lawati link ini 



Menulis dari hati.
-AidaRifqi Zikr-

0 ulasan:

Catat Ulasan