Assalamualaikum teman-teman, Rasanya dah lama tak 'update' cerita kat blog ni kan.. dah bersarang gamaknya..huhu
saya nak kongsikan pengalaman saya pajak emas di pejabat pos..
Baru-baru ni, saya dan suami membuat pajakan di ar-Rahnu Pos Malaysia. Maka kami pon pergi lah mencari pejabat pos yang berdekatan, kot-kot lah ado kan..hehe , area pos serting, tapi hampa. Rupa-rupanya ar-Rahnu telah berpindah ke pusat bandar, Seremban.
Sampai sahaja di Pejabat pos Seremban, saya dan suami terus pergi ke kaunter Ar-Rahnu. Alhamdulillah. Masa tu tak ramai orang. Hehe.. Maka cepatlah urusan saya. Tak lama kemudian, ada sorang uncle (india) nak pajak emas dia. Perghh!! Terbaiklah uncle, banyak kot emas dia. Masa tu minggu depannya nak Deepavali. Owh..patutlah uncle tu pajak. Nak raya rupanya..hehehe..
Eh!! Lari topik suda..
Saya dah dua kali buat pajakan di Pejabat Pos. Jadi kat sini saya kongsikan kenapa saya buat pajakan di Ar-Rahnu Pos.
Untuk pengetahuan semua, ar-rahnu Pos Malaysia menawarkan pinjaman pajakan tertinggi antara yang ada di malaysia. Sebanyak 75%. Sebelum ni saya ada pergi BSN (ar-rahnu) teman kawan baik saya. Dalam proses buat pajakan tu, pegawai tu maklumkan pinjaman hanya boleh di buat sebanyak 65% sahaja. So, bagi yang nak menggunakan duit lebih sikit, bolehlah gunakan perkhidmatan ar-Rahnu Pos Malaysia.
Borang yang telah siap dengan data peribadi/ syarat/ Marhun
Jika hendak dibandingkan dengan tempat pajakan lain, Ar-Rahnu Pos Malaysia menawarkan upah simpan paling rendah, setakat ini (setahu saya). Untuk satu bulan upah simpan Rm6.85 sahaja.
Kita juga boleh membuat pinjaman lebih rendah. Contohnya, harga emas kita RM3000 . Jumlah pinjaman yang dibenarkan RM2250. Tetapi kita hanya mahu menggunakan Rm2000 sahaja untuk modal bisnes, itu pon di benarkan oleh Pos Malaysia. Mudahkan..!! Almaklumlah takut kita terlupa jumlah akhir bagi digit2 tu, untuk selamat gunakan nombor yang kita mudah ingat.
Ingat tau..!! Kita pajak emas kita, kena pastikan duit tu boleh beri pulangan semula kepada kita. Sebab kita ada "pinjaman" dengan emas kita. Jangan sampai emas kita terlelong sudah la kan..
Baiklah, kat sini saya kongsi sikit apa perlu di bawa dan apa yang pegawai minta kita beri sepanjang proses pajakan tersebut.
- 1) Mestilah mempunyai kad pengenalan.
- 2) Ada bawa emas bersama.
- 3) Selepas data di isi oleh pegawai, akan dapat borang.
- 4) Isi borang, beserta nama waris. (lengkapkan semua)
- 5) Pegawai pos akan pastikan emas yang di bawa itu tulen atau tak. Hati-hati, jika tiruan anda boleh dikenakan denda..!!
- 6) Bila dah pasti, borang perjanjian akan diberi. Borang tu lengkap dengan nama dan butir diri kita.
- 7) Selepas membaca dengan teliti borang tersebut, maka perlulah tandatangan dan cop jari untuk pengesahan.
- 8) Pegawai pos akan beri jumlah pinjaman kita/ kad pengenalan/duit sekali.
- 9) penerangan serba sedikit juga akan di beri. *pastikan anda tanya bila tak faham.
- 10) Bila dah selesai semua, kira jumlah wang pinjaman dan bolehlah belanja saya..hehe gurau je..
Borang dan pengesahan tebus semula emas Ar-Rahnu Pos Malaysia
Baik lah teman, itu sahaja tips dan perkongsian saya untuk anda semua. Moga-Moga, bermanfaat ya..
Sehingga bertemu lagi..tata..titi..tutu.. =)
* Pemindahan yang sangat cepat dan segera ke akaun bank anda
BalasPadam* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
akaun bank
* Kadar faedah yang rendah
* Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Terma pinjaman fleksibel dan bayaran bulanan
*. Berapa lama masa untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang dari 24 jam
pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
dari awak.
Hubungi kami: (cashfirm.morris@gmail.com)
Dr Ahmed Morris
BORANG TUNAI MORRIS
facebook,com
BalasPadam