11/10/2015

Cara Simpan Duit

Edit Posted by with No comments


Duit Kertas RM5 Tiada Nilai !
YA!..ini kisah benar, nilai wang kertas RM5 tiada nilai buat SAYA sejak setahun lalu..

Setiap kali ada note RM5 dalam dompet, saya akan asingkan dan tak akan gunakan dalam urusan tunai seharian. 'Totally out from my cash flow!' Saya setkan dalam minda yang duit kertas hijau ini tiada nilai dan tak berguna. Lama kelamaan habit tu dah masuk dalam 'subconscious mind' saya tanpa sedar!
Apa faedah buat camni? Kan ke duit tu?
Ilmu TARIK DUIT ni dah terbukti sebagai salah satu cara saya dapat menyimpan duit tanpa sedar. Yang penting adalah disiplin dan jangan mengelat. Kalau sengaja tukar duit hijau semata-mata nak simpan memang tak menjadi. Biar pengasingan itu berlaku secara semulajadi dalam aliran tunai kita setiap hari..
Kenapa RM 5? Sebab saya rasa nilai ini yang paling sedang elok kita 'larikan'. Jika note RM1 mungkin 'saving effect' tu lambat. RM yang lebih besar mungkin tak sesuai 'ditarik', takut kita terkenang-kenang pula..Jadi RM 5 sangat sesuai!
Anda takkan percaya berapa banyak yang dapat kita kumpul setiap bulan jika mengamalkan kaedah yang saya namakan 'Take 5 Method' ini.
Agak-agak saya buat apa dengan duit kertas banyak-banyak ni ye? Saya akan tukarkan kepada simpanan yang juga bersifat 'forgotten saving' yang memberi faedah dalam jangka panjang. SIMPAN UNTUNG SIMPAN UNTUNG...
Andai kaedah ini berkesan untuk saya, mungkin ia juga baik untuk anda. Cubalah!
Jika perkongsian ini bermanfaat, sila tekan butang 'Like' atau 'Share' untuk kebaikan bersama.

Sumber : FB sharing.

0 ulasan:

Catat Ulasan