Saya dan suami berkenalan melalui FB, Mulanya saya tak layan sapaan suami masa tu. Rupa-rupanya Dia dah 'tengok-tengok" Fb saya. Haha..saya lupa dia "Friend List" saya. Appa daa...haha..!!
Tak lama lepas tu suami balas komen saya dalam fb. Wah..!! ini memang nak ngorat saya ni.. Haha.. Tau dah teknik tu. Kantoi..!! Saya berkenalan dengan suami kurang sebulan. Lepas Raya (2015) family suami datang rumah untuk berkenalan. Sebulan lepas itu merisik dan bertunang. Pernikahan ditetapkan empat bulan selepas tarikh bertunang. Waah.. Rasa masa cepat sangat masa berlalu. Hehe..
Empat bulan berlalu..maka tibalah tarikh pernikahan kami...
Pengalaman majlis nikah saya, mungkin berbeza sedikit dengan orang lain. Majlis pernikahan saya dan suami adalah pernikahan bajet. Hehe. Itu yang saya hendakkan.
Kos untuk majlis Nikah dan Resepsi hanya RM4500 (14.3.2015). Dengan jumlah tetamu seramai 500 orang. Tentu ramai yang rasa mustahil ia berlaku. Tapi, sebelum nikah dengan suami, kami dah berbincang berkenaan hantaran yang mampu suami beri. Hanya Tiga Ribu Ringgit sahaja, duit hantaran saya, Mas kahwin, Abah saya minta Satu Ribu. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Saya gunakan sejimat habis duit hantaran yang suami beri. Bagaimana saya "Bajet Duit"?
Saya akan kongsikan dengan anda. Ini adalah cara saya, boleh ikut jika mahu. Hehe..
Saya jelaskan bajet hantaran saya ya. Disebabkan duit hantaran saya kecil, saya tidak menggunkan perkhidmatan catering. Saya minta tolong Cik Ban ( Pak cik kantin sek kakak saya). Dengan mengambil upah masak. Mulanya Rm2000, tapi disebabkan harga barang dan ayam mahal, maka ada penambahan Rm200.
Kanopi taman hanya bayar upah pasang, sebab dah ada yuran tahunan dan untuk baju nikah saya beli kain untuk suami 2 pasang, saya sepasang je. Termasuk upah (cari tukang jahit murah) Rm125 . Baju saya adik yang jahitkan jadi tiada kos.. =) . Baju majlis resepsi saya, saya pinjam kawan saya. Jadi kat situ saya dah jimat kos. Emm..Seterusnya upah jurunikah dan saksi, bayaran itu yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor. Murah.
Hantaran untuk nikah saya buat 5 barang, sebab itu je yang saya mampu..hehe. Antara barang hantaran, Jam. Buku. Buah-buahan. Minyak wangi. Sejadah.
Gula tu pulak kena buat air gula . Jadi guna lah untuk 20kg. Kek Majlis Resepsi saya, saya upah kakak saya untuk buat. Kalau tak mesti mahal dalam ratus-ratus gitu. Tak mampulah saya. huhu..
Untuk sketing kanopi, saya menyewa dari sepupu suami kakak saya (abg ipar). Kalau ikutkan harganya Rm 300++. Cik Mah bagi Rm150 sebab, selebihnya dia sponser. Alhamdulillah.. Dah bajet lagi duit.
Goodies untuk tetamu saya isinya, air mineral, dodol dan kerepek. Kakak saya nak sponser, jadi dia tambah jajan. Kurang dah kos saya masa tu. Bagi tukang masak majlis nikah, saya upah jiran rumah kakak termasuk akak saya. Kebetulan abang saya nak buat aqiqah anak dia, jadi daging kambing aqiqah adalah menu tambahan. Makan untuk 500 orang tetamu cukup dan ada lebih. Alhamdulillah.
Saya nak juga buat meja "Guest Book" kata trend katanya..hahaha, saya bajetkan dalam seratus lebih. Tapi tu semua buat sendiri. "Guest Book" tu saya buat sendiri. Saya dah kongsikan dengan kawan-kawan kan, ini linknya ( boleh tengok) guest book .
Selebinya,untuk tirai 'Pelamin' dan kerusi, saya pinjam kakak saya. Kebetulan, anak kakak saya baru buat majlis khatam quran, jadi kain tirai dah ada. So, gunakan apa sahaja untuk jimatkan kos. Kalau tengok gambar saya ia, sangat simple. Hehe.. Meja hias bunga saya pinjam Hidayah, kawan baik saya. Jangan tak caya, saya pasang 'Halwe telinga" juga tau. Pinjam kakak spiker radio dan saya pasang CD.. Hahaa...lagend je cara saya. Tapi itulah yang saya buat supaya, majlis saya berjalan lancar dengan kos yang minimum dan termurah bagi saya. Tapi yang penting meriah.. =)
Jika anda berminat dengan cara saya, boleh lah apply. Sekurang-kurangnya kita tak tanggung hutang selepas bernikah. Perjalanan selepas bernikah itu lebih banyak kos lagi.
Saya kongsikan beberapa keping gambar sekitar majlis saya ya.. =)
Selepas Nikah
Juru Mekap hehee.. Nak pergi Surau
Ayu, Dayah dan jwa
Majlis tunang
Entri saya kali ini, sangat panjang, Harap tak bosan bila anda membacanya..hehehee =D
Menulis untuk berkongsi,
Aida Rifqi Zikr.
0 ulasan:
Catat Ulasan