10/28/2015

Kaedah Untuk Bercinta Lagi

Edit Posted by with No comments




Saya harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu pembaca mengeratkan lagi kasih sayang bersama pasangan.

Antara kaedah mengeratkan perasaan cinta bersama suami & isteri adalah sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengilhamkan kata-kata yang baik dan menarik semasa atau ketika memulakan perbualan.

Selain itu, pembaca boleh cuba-cuba berkongsi hobi yang sama. Contohnya, menanam pokok. Ia juga membantu untuk mekarkan cinta antara pasangan suami isteri. Cuba ya...!!

Pembaca
juga boleh ulas perkara-perkara yang di dengar, lihat atau baca dengan pasangan serta kaitkan dengan situasi terkini dalam rumahtangga.

Cuba mencari titik persamaan dengan pasangan..

Antara lain yang pembaca boleh buat untuk rasa bercinta lagi dengan memasak resepi kesukaan pasangan bersama-sama. Jika pasangan suka makan rendang tok, cubalah hasilkan pada hari-hari istimewa. Pasti kembang hati si dia.. 

Dalam perhubungan ini kita mestilah berfikiran positif. Jangan sesekali prasangka dan curiga dengan pasangan, sebaik-baiknya selalulah memaafkan pasangan selagi tidakmelanggar syariat.

Buat masa ini, saya kongsikan tipsini dahulu ya.

Moga kita berjumpa lagi di entri yang lain.. =D

0 ulasan:

Catat Ulasan