4/20/2015

Tips Cari Calon Suami

Edit Posted by with No comments
Dalam mengharungi hidup berumahtangga, apa yang wajib dan perlu bagi kedua-dua belah pihak adalah sabar.

Bukan mudah menjalani hidup sebagai suami isteri yang mempunyai fikrah dan latar belakang hidup yang berbeza sebelum berkahwin  dan menjadi satu apabila ijab kabul dimaterai..hehe

wahh..macam serius jer kan bunyi nya.



Nak bagi Tips pada adik-adik kat luar sana, sebelum berumahtangga kena fikirkan tentang kewangan, ilmu, kemampuan dan ketahanan fizikal dan mental. =) 

Biasakan dengan membaiki diri dan amal ibadah kita. Janganlah sibuk nak mencari calon suami tapi lupa nak perbaiki diri. Hehe.. Jangan buat macam tu tau..babab nanti..

Dalam masa yang sama kena lah pelajari ilmu agama. Supaya bila dah menjalani kehidupan rumahtangga adalah ilmu tu. Contohnya ilmu fiqh. Nikah memang nikmat. Tapi kalau tak ada ilmu jadi azab..

Jika rasa-rasa dah steady bab ni, maka boleh lah adik-adik mencari calon untuk menikah.

Menikah itu tak susah, yang susah bila tiada tanggungjawab dan ilmu.

ok, sampai di sini sahaja untuk kali ini..

moga bermanfaat untuk semua. =)

0 ulasan:

Catat Ulasan