Zaman kini adalah zaman yang paling mencabar dalam hidup, dengan kenaikan harga barang-barang sudah semestinya perkara itu membataskan perbelanjaan dan menyempitkan lagi kewangan isi rumah.
Mari kita berfikiran positif.
Kenaikan itu tidak menjejaskan rezeki yang telah Allah catitkan untuk kita. Percayalah. Rezeki tidak pernah salah alamatnya.
Kenapa kita perlu berfikiran positif?
Jawapannya, apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita ulang cakap akan mempengaruhi persekitaran hidup kita. Tak percaya? Cuba kita cakap dalam hati (aku malas) , aura malas itu akan berlegar-legar dalam diri kita. Maaf, saya tidak sarankan untuk berbuat begitu.
Topik kita ini biasa di bincangkan dalam seminar-seminar berbayar. Walaupun taglinenya berbeza, tapi intipatinya sama.
Saya ingin kongsikan beberapa tips menarik magnet kekayaan dan kejayaan yang diajarkan oleh Mentor kami, Dr Haji Azizan Osman.
Pertama sekali, senyum. Tak kan tak pernah senyum pada diri sendiri? Tidak susah untuk melakukannya. Pandang cermin, dan senyum 😃. Mudahkan!!!?
Yang kedua, sedekahkan seberapa banyak duit atau tenaga atau apa-apa perkara yang di anggap sedekah. Contoh, ibu suruh hantar adik pergi ke sekolah. Itu juga merupakan salah satu cara bersedekah. Ia tidak perlu kepada material semata-mata. Cukup dengan khidmat kepada kedua ibu bapa.
Yang ketiga, solat dhuha. Perkara ini susah nak buat, tapi jika kita istiqomah, pasti!! Boleh. Saya ada seorang mentor hartanah, beliau merupakan pesakit barah otak. Saat diuji Ilahi, semakin kuat beliau melaksanakan tanggungjawabnya. Percaya atau tak, beliau konsisten solat dhuha 6 rakaat. Beliau tidak pernah kurangkan, malah solat sunat dilaksanakan lebih dari kebiasaan, dan jika tidak mampu lebih beliau konsisten 6 rakaat. Hebat bukan!!!?
Mari kita sama-sama lakukan solat dhuha. Kerana seribu satu kebaikan tersembunyi di dalamnya.
Yang keempat, untuk menarik kekayaan dan kejayaan, kena ada ilmu. Semestinya jika nak ada ilmu, mesti ada mentor. Cari mentor yang anda mudah ikut dan belajar dengannya. Jika tiada yang free, carilah yang berbayar. Untuk mendapat ilmu pasti perlukan pelaburan, (bayar yuran kepandaian lebih baik dari bayar yuran kebodohan).
Yang kelima, berkawan-kawan dan ber'networking' dengan orang kaya yang berjaya. Mana tahu dapat ilmu percuma dan dapat peluang berniaga. Hehe..
Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian saya. Semoga bermanfaat kepada pembaca.
*sila tinggalkan komen anda untuk saya perbaiki kelemahan saya. Terima kasih.
0 ulasan:
Catat Ulasan