Majlis Resepsi Hidayah
Teringat masa zaman kanak-kanak dahulu, bila dah besar nak jadi apa, nak buat apa, nak beli itu,ini.. haha..!!
macam-macam angan-angan zaman kanak-kanak kan?
erm..bukan itu apa yang saya nak ceritakan, saya nak kongsi pada awak-awak tentang kuasa doa =)
.........................................
Ceritanya macam ni..selepas tamat peperiksaan UPSR dulu, saya tertanya-tanya, manakah arah tuju selepas Sek Rendah ni,macam-macam yang difikirkan, dalam hati berdoa moga-moga sek kat tempat yang baik-baik. memandangkan kakak-kakak dan abang-abang saya bersekolah di Sek Agama, maka saya juga dihantar oleh mak dan abah ke Sek Agama. Alhamdulillah. Syukur.
Dalam masa yang sama, berdoa dalam hati, moga-moga dapat teman yang baik. sentiasa memberi kata-kata nasihat supaya tidak hanyut dengan "dunia remaja". Setiap kali solat, itulah hajat yang saya sampaikan pada DIA.
Naik tingkatan 1, alhamdulillah, semua kawan dan teman baik-baik belaka, saya je yang kurang sikit baiknya.. haha!! Biasalah nakal sikit.. =P.
Di sini lah saya mula mengenali sahabat, kawan dan teman. Khairunnajwa bt Rauf. nama teman rapat di Sekolah Men.
WAaahh..!! bersahabat dengan Najwa, memang best. Sehinggalah saya diperkenalkan dengan kawan kepada kawan-kawan Najwa.. haha..!! ramai dah dapat kawan. Zarina, Mahani, Najwa, Hidayah, Ayu, Aliza kini jadi teman rapat.
Mereka semua budak cerdik, duk kelas pandai-pandai, saya dan Najwa duduk kelas biasa-biasa je..hehe..
Sampailah tingkatan 5, bersahabat dalam susah dan senang..alhamdulillah.. Ermm...sebelum naik ke tingkatan 6, saya mohon DIA aturkan kawan saya yang baik-baik, Alhamdulillah naik tingkatan 6, masih lagi berkawan dan bersahabat , dengan enam sahabat lama..☺️.tapi faham-faham jerlah kan, duduk asrama, tak boleh nak pilih-pilih bilik, jadi kenalah duduk dengan kawan baru. Alhamdulillah dapat budak dorm pon ok =) saya ingat lagi masa prep (ulangkaji) malam, di kantin Maahad, saya tidur sambil telungkupkan muka atas meja, tak lama lepas tu Zarina tolak kaki.. Hahaha...!!! Dia marah sebab asyik tidur je..😝.. Hihi.. Macam-macam kerena saya.
Tamat tingkatan 6, saya kerja kilang sekejap,maklumlah nak cari duit untuk tampung perbelanjaan kat kolej nanti. Selepas 3 bulan bekerja, dapatlah surat sambung belajar, dalam hati mohon Allah temukan dengan sahabat yang baik.
Allahuakhbar..!!
Selepas daftar kemasukan untuk sesi pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, saya ditemukan dengan kawan-kawan yang 'alim, baik dan dari keluarga yang baik-baik. NorAkhilah, Basyirah, Hannan, Kak Fiza, Farah Alwani masing-masing dari selangor, kelantan dan negeri sembilan.
Alhamdulillah saya hanya mampu ucapkan kata-kata syukur masa tu. Saya doa tak mahu terkejut dengan budaya pelajar Kolej, (culture shock). Allah Maha Mendengar kata-kata saya.
Masa berjalan dengan sangat pantas. Sekejap sahaja masa 3 tahun tu, rasa macam baru semalam berlalu..hehe.. =)
Maka tamatlah pengajian kami di KUIS, lepas tu masing-masing apply untuk sambung degree, saya tangguh satu tahun sebab nak cari duit untuk sambung degree.....
Saya akan sambung lagi di episod seterusnya.......... Tunggu tau!!!!! 🌹🌹🌹 nah!! Saya bagi bunga..hehehe
Saya akan sambung lagi di episod seterusnya.......... Tunggu tau!!!!! 🌹🌹🌹 nah!! Saya bagi bunga..hehehe
Sebelum apply belajar kat............tunggu..😀
0 ulasan:
Catat Ulasan