11/17/2016

50% ANNUALIZED RETURN DGN ASB LOAN/ ASB FINANCING

Edit Posted by with No comments
Dalam sebuah video penerangan di YouTube yg sudah ditonton beribu kali sejak setahun lalu, seorang presenter menerangkan tentang kelebihan ASB Financing. 

Beberapa kali saya menonton video tersebut dari semalam sehingga hari ini utk mengesahkan apa yang saya dengar dan saya faham.

Presenter menjelaskan, berdasarkan pemahaman saya:

- Modal utk ASBF ialah RM13,2000 utk membayar ansuran ASBF RM200,000 selama 30 tahun.

- Selepas 30 tahun, akan dapat pulangan RM200,000

- Pulangan RM200,000 dengan modal RM13,2000, pulangan terkumpul ialah 1515%.

- Pulangan terkumpul 1515% dibahagi 30 tahun bersamaan dengan 
ANNULIZE RETURN 50.5% SETAHUN

- Presenter siap mengeluarkan ayat cabaran bahawa tidak ada pelaburan yg boleh berikan pulangan setinggi itu.

JADI APA MASALAHNYA?

Saya tiada masalah dengan strategi ASBF. Mana-mana pelaburan pasti ada potensi dan risiko tersendiri. 

Cuma yang saya amat terperanjat dengan dakwaan "ANNUALIZE RETURN 50.5% SETAHUN".

Berkali-kali saya congak dan buat kiraan sendiri, ia satu kesilapan yang nyata. Selepas saya menonton video tersebut, ada beberapa "suggestion video" dari YouTube tentang ASBF / ASBL.

Rupa-rupanya memang ramai yg juga mempromosi ASBF melalui kiraan yg seumpama itu.

Dan mungkin selama ini tidak ada teguran secara direct tentang perkara tersebut dari rakan-rakan dalam industri terbabit, menyebabkan ia digunakan sewenang-wenangnya sebagai "sales idea" utk melariskan jualan.

Jadi, biar saya yg lakukan teguran terbuka biarpun ia memberi imej negetif terhadap saya "suka burukkan bisnes orang lain".  Hahaha...

IA MISLEADING

Sebagaimana saya menentang ajaran sesat "medical card ROI 40%",  "takaful haji lebih baik dari Tabung Haji sebab ada coverage dan untung lebih tinggi dari TH" dan lain-lain misleading yg pernah saya dedahkan, maka begitu juga saya menentang ajaran sesat  "ASB Financing annualized return 50%". 

Sebenarnya dalam bidang kewangan di Malaysia terutama orang Melayu, ada banyak ajaran sesat yg berleluasa. 

Sebelum ini saya pernah baca teguran umum dilakukan oleh Tuan Suzardi Maulan tentang misleading ASBF ini. Teguran demi teguran secara umum sudah dilakukan tapi masih berlaku. 

Jika ada pihak lain yg ingin menegur secara lembut, saya alu-alukan dan saya hormatinya tanpa mempertikaikan cara tersebut. 

Cuma cara saya berbeza. 

Kes-kes sebegini sudah lumrah saya hadapi, dan biasanya saya akan dituduh sebagai mengganggu periuk nasi orang lain, memburukkan kompeni orang lain dan lain-lain. 

Saya bertangungjawab dengan apa yg saya tulis.

Dalam kes-kes sebelum ini, tidak kurang yg mengatakan saya yang silap dan mengugut utk membuat laporan ke phak berkuasa. Saya alu-alukan, dan jika saya silap saya takkan segan silu utk memohon maaf.

Bayangkan, jika annualized return 50% digembar-gemburkan utk menandingi return pulangan ASB 7%, ia adalah kesalahan yg nyata lagi terang. 

Bagi sesiapa yang ikuti FB saya sejak sekian lama, saya sudah perangi misleading sejak sekian lama hatta dari kompeni yang saya wakili sendiri.

Saya tidak kisah dituduh "suka memburukkan bisnes orang lain", asalkan saya tidak menjadi syaitan bisu yang hanya attack scam, skim cepat kaya, skim too good to be true, tapi misleading yg berlaku dari kalangan pemain indsutri saya diamkan.

ANNULIZE RETURN vs SIMPLE ROI

Penggunaan kedua-dua istilah ini adalah perkara asas dalam merancang pelaburan.

Ia bukan sekadar penggunaan istiah tetapi memberi impak berbeza.

Ia tidak seperti penggunaan istilah takaful dengan insurans, atau istilah loan dengan financing. Dari segi maksud sama, yg berbeza pada ketepatan istilah patuh syariah dan kontrak.

Baik, berbalik kpd kedua-dua istilah ANNULIZE RETURN dan SIMPLE ROI. 

Contoh mudah utk faham begini;

CONTOH 1:

- Tahun 1986 harga rumah ialah RM50,000.

- Tahun 2016 harga rumah tadi sudah menjadi RM500,000

- Berapa kenaikan? Banyaaaaaaaak!

- Kenaikan 10 kali ganda, yakni 50,000 x 10 = 500,0000

- Gunaakn kalkulator, kita akan dapati pulangannya ialah 900%.

Jika buat kiraan SIMPLE ROI, kita akan dapat 900% dibahagi 30 tahun, sama dengan 30%.

Wow!!!! 30%???  Banyaknya!!!

Nanti, adakah anda sangka 30% ini jauh lebih tinggi dari 7.5% keuntungan ASB??

Jika itu tanggapan anda, ANDA SILAP. 

ANDA SILAP BESAR JIKA ANDA MEMBANDINGKAN 30% PULANGAN DI ATAS DENGAN PULANGAN ASB 7.5%

Gunakan kalkulator ROI, pulangan sebenar harga rumah di atas ialah 7.98%

Maknanya, ia hanya tinggi sedikit daripada pulangan ASB 7.5%. Tidak sampai pun 1%

Rujuk gambar utk dapat gambaran sebenar.

CONTOH 2

Kali ini saya akan berikan contoh berdasarkan KES MISLEADING ASBF tadi.

- Modal RM13,200

- Untung selepas 30 tahun RM200,000

- Pertumbuhan pulangan selama 30 tahun = 1515%

- Jadi, ANNUALIZE RETURN = 50.5% 

Kesimpulan dakwaan ANNULIZE RETURN 50.5% ASBF ini adalah satu MISLEADING yang nyata.

ANNULIZE RETURN hanyalah 9.48%, bukan 50.5% sebagaimana yang didakwa.

Rujuk gambarajah utk dapatkan kiraan sebenar.

Jika 50.5% ialah ANNULIZE RETURN, maka RM13,200 akan jadi sebanyak RM2.7 BILLION!! Tinggi sedikit daripada derma yang diperolehi oleh PM kita daripada Pak Arab.

BUKANKAH IA TOO GOOD TO BE TRUE????? Apa beza jika ia disengajakan dengan sang scammer yang mempromsi skim too good to be true?

APA SUDAH JADI?

Terjadilah apa yang terjadi hari ini.

Ekonomi orang Melayu kita sudah parah teruk. Kedudukan kewangan orang Melayu terus terkebelakang. Kalau bukan kita yg berada dalam industri kewangan yg tampil ke hadapan utk membetulkan keadaan, hendak harap siapa lagi?

Kalau yg lulus exam CUTE / TBE / PCE pun masih tidak menerangkan perakar yg betul kepada masyarakat, takkan hendak menghadapkan masyarakat pandai sendiri.

Inilah juga sebahagian punca kenapa orang-orang Melayu suka mencari skim-skim too good to be true, skim cepat kaya kerana mereka nampak pulangan Tabung Haji, ASB sekitar 6% - 7% adalah sedikit.

Jadi, sebelum ia merebak lebih teruk, saya kongsikan tulisan ini.

Jika ada kesalahan pada tulisan di atas, boleh tegur secara terus dan tunjukkan secara spesifik. Jika benar ia silap, saya akan betulkan.

Yang menjadikan saya tergerak utk post ke FB perkara ini, kerana ketika kecoh-kecoh isu ini dalam status FB Tuan Azree, nama presenter yang dakwa "ANNULIZE RETURN 50%" ditag dan dia komen seolah-olah mempertahankan dakwaan tersebut dengan mengatakan dia ada metod lain.

Namun apabila ditanya aakah methodnya, tidak diberikan respon malahan ada ejen-ejen ASBF lain yang mempertahankannya.

Saya sempat juga PM beliau pagi tadi dan komen di FB beliau mohon penjelasan, mungkin ada method yg berbeza. Jika benar ada method berbeza, saya pun ingin tahu.

Ada juga yang menggunakan alasan gunakan isitilah ANNULIZE RETURN utk memudahkan pemahaman ejen baru dan juga utk memudahkan pemahaman prospek.

Jika alasan itu digunakan, nampak sangat ia memang DISENGAJAKAN utk mengajar cara kiraan yang silap / MISLEADING kpd ejen baru dan prospek.

SIMPLE ROI - BILA DIGUNAKAN?

Tahukah anda, tidak ada badan-badan research tentang  kewangan di dunia yang menggunaan SIMPLE ROI sebagaimana ejen ASBF guna?

Boleh rujuk laporan di Lipper, Novagni, Morningstar dan lain-lain, mereka hanya gunakan

1. Total Return
2. Annualize Return

Tidak ada badan-badan di atas ini menggunakan SIMPLE ROI dan tidak boleh boleh dibandingkan dengan ANNUALIZE RETURN.

Wallahua'lam

-AFYAN M.RAWI

JANGAN PUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH

Edit Posted by with No comments


Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang firman Allah ta'la :

"Wahai anak adam, sesungguhnya selagi engkau berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak Peduli (betapa banyak dan besarnya dosa itu).

Wahai anak Adam, seandainya dosa engkau hampir memenuhi ruang antara bumi dan langit lalu engkau minta keampunan-Ku nescaya akan Aku ampuni semuanya.

Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan yang memenuhi bumi kemudian engkau menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan kempunan sepenuh bumi jua."

[HR At-Tirmidzi dan katanya : Hadith Hasan]

9/28/2016

Makan Awal Bantu Kurangkan Berat Badan Anda

Edit Posted by with No comments

LARANGAN makan selepas pukul 6 petang merupakan peraturan wajib yang perlu dipatuhi bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan.

Menurut pakar diet dan pemakanan Amerika Syarikat, Dr. Dana Hunnes, rejim diet tersebut wajar dicontohi kerana ia benar-benar berkesan bagi mereka yang ingin kurus.

“Kajian yang kita lakukan mendapati mereka yang makan pada pukul 7 malam dan ke atas cenderung untuk memiliki pertambahan berat badan.

“Ini kerana, selepas pukul 7 malam, individu cenderung untuk melakukan aktiviti santai seperti menonton televisyen dan tidur.

“Jadi, kalori daripada makanan yang diambil tidak dapat dibakar sehingga ia akhirnya bertukar menjadi lemak,” jelasnya.

Tambah Hunnes, hasil kajian yang dilakukan terhadap 29 orang pemuda selama dua minggu mendapati, majoriti mereka kehilangan sekitar 500 gram lemak selepas mengamalkan peraturan tersebut.

Ini kerana, setiap individu mampu mengurangi sehingga 238 kalori jika mengamalkan tabiat pemakanan sebelum pukul 7 malam setiap hari.

Sumber: Kosmo

9/16/2016

Content marketing paling power?

Edit Posted by with No comments


Pasti ada yang sedang mencari cara bagaimana untuk menyediakan content marketing. Biasanya disebut ayat dalam menjual. Haa..lebih kurang lah macam tu. 

Tahukah anda dalam ayat content marketing ini mempunyai beberapa ciri-ciri utama? 

Baiklah, saya akan kongsikan kepada anda berkaitan content marketing. Sebenarnya, saya masih baru belajar tentang penyusunan ayat dalam marketing.. Heeew..heew..

Ciri-ciri yang paling penting dalam ayat marketing ada 5 pecahan.

1- Headline

Ia bermula dengan headline. Apa maksudnya? Untuk memudahkan kita faham, pastikan setiap penulisan mestilah mempunyai tajuk.

Contohnya " cara lipat instant shawl supaya nampak kemas dan tersusun dalam almari baju"

Satu lagi,

" 3 ciri ini anda harus pastikan ada pada kasut yang anda mahu beli supaya kaki tidak mudah melecet"

Lebih kurang macam tulah bunyinya.

2- Actionable

Ianya mudah difahami dan mudah digunapakai.

Bila pembaca baca ayat tu terus je tahu nak buat apa dan bagaimana.

3- Variasi

Kontent harus dipelbagaikan untuk menarik minat pembaca. Ada dalam bentuk text, bergambar dan ada juga dalam bentuk video. Macam-macam topik boleh digunakan. Contohnya nak baiki lampu kereta, cara buat loan kereta paling mudah dan sebagainya.

4- Original

Ini mudah saja nak faham. Jangan copy paste. Buat ayat sendiri.

5- Berterusan

Jika mahu tajamkan cara menulis, anda perlu sentiasa menulis secara berterusan. Jangan sekejap ada, sekejap tiada. Macam chips more..hehe

Ok, sampai disini sahaja coretan saya. Saya masih mencuba menulis dengan cara yang orang mahu membaca.

Terima kasih yang sudi membaca entri saya hari ini. Semoga anda ceria selalu..


Aidarifqizikr
Sentiasa mahu belajar.


9/11/2016

Raya Korban? Apa ertinya..

Edit Posted by with No comments


Hari ini malam aidiladha. Subhanallah. Masa berlalu dengan sangat pantas. Dah dua tahun raya korban di tempat suami..haa..maknanya apa? Tu maknanya nak kena balik kampung😜 hahaha..

Sebenarnya dalam kepala ni banyak nak tulis, tapi sampai tak tahu nak tulis apa.. Hurm.. Tulah, sebelum tulis, kena baca bismillah. 

Hari ini merupakan hari Arafah, waktu orang yang menunaikan haji berwukuf di Arafah. Mohon doa banyak-banyak kepada Allah, moga-moga doa kita dimakbulkan olehNya.

Apa ertinya raya korban ini pada kita semua? Ingat tak  Sejarah pengorbanan pertama di muka bumi Allah?  Kisahnya tentang Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Dengan ketaatan yang sangat tinggi kepada tuhannya, maka Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah. Itulah serba sedikit cerita tentang pengorbanan pertama di muka bumi ini.

Sebelum itu..saya nak kongsikan erti pengorbanan pada saya ialah meninggalkan perkara yang buruk dan belajar menjadi baik. Sikit je kan? 

Saya doakan kita semua bertemu di syurga..

Aameen...

Aidarifqi.
Mood raya korban hihi..

9/08/2016

Pusar Dua Apa Maksudnya

Edit Posted by with No comments
  

Assalamualaikum semua, alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini. Ini gambar Insyirah Auliya. Anak sulung saya. Sekarang sudah enam bulan. Rasa sekejap sahaja masa berlalu, anak pun dah besar (macam dah nak kawin pulak gaya bahasa ni) . 

Insyirah ni, ada dua pusar dikepalanya. Tak ramai bayi perempuan yang ada pusar sampai dua. Dalam satu-satu keluarga mungkin dalam seorang dua atau pun tiada. Kebiasaannya lelaki lah yang ada dua pusar.

Jika menurut pandangan Dato' Dr Fadzilah Kamsah, sifat individu yang mempunyai dua pusar  sebenarnya banyak akal, banyak idea dan bijak. Jika begitu lega lah sikit saya..hihi..

Kata orang tua-tua pula, anak yang ada dua pusar ni pandai membela haiwan. Kiranya jika mela haiwan ternakan tu menjadi lah. Ya allah..seronokan bila dengar macam ni..

Buat masa sekarang ni, saya tak tahu tagi lah apa bezanya anak satu pusar dengan dua pusar, sebab saya pun baru ada anak sulung. Hihi.

Apa-apa pun karekter anak, kita sebagai ibu ayahnya perlu mendidik dan mentarbiah anak dengan sebaiknya. Itu tugas kita sebagai orang tuanya. Doakan yang baik-baik sahaja. Okeylah, sampai dusini sahaja coretan ummi insyirah..



Yang menyintai insyirah
Aidahrifqi




8/30/2016

ISU PERCERAIAN

Edit Posted by with No comments


Sejak akhir-akhir ini, banyak berita yang kurang sedap didengar. Perceraian. Peningkatannya semakin bertambah, dari hari ke hari. Astangfirullah.

Baru ini, adik ipar saya telah melafazkan cerai kepada isterinya. Sedih. Saya menangis bila mendapat tahu perkara ini.

Saya baru sahaja mengenali Beras saya (bukan yang di masak tu ye. haha) . Sekejap sangat. Adik ipar (lelaki) saya tu, kurang saya kenali. Tetapi berdasarkan apa yang saya tahu orangnya baik. hahaa...adoi..tak reti nak cakap apa.

Mulanya terjadi masalah ini berpunca dari isteri. Kononya, tak pandai masak, malas bangun awal pagi, malas mengemas dan macam-macam lagi. Serabut juga sebenarnya. Haha..tak reti saya dengan situasi tu.

Jika dari luahan hati isteri, suami itu telah bercinta dengan anak dara. Oh My God..Allah.. Yang saya tak faham, si anak dara tu, boleh pulak Whatsapp si Isteri ini, dengan rasa tidak malu, seolah-olah dia yang boleh membahagiakan si suami orang ni. Haha...ini yang saya lagi tak faham.

Cumanya apa yang saya dapat simpulkan. Jika kamu sudah menikahi isteri kamu, tundukkanlah pandangan kamu dari melihat wanita lain. Jika tidak kamu akan membuka keaiban rumahtangga kamu. Masalah dalam rumahtangga. Selesaikan dalam rumah. Jangan dibawa keluar. Itu mengundang padah.

Jika kamu seorang isteri, laksanakan tugas kamu sehabis baik. Tingkatkan ilmu memasak, rajinkan diri, sentiasa sabar dan bersedia terima teguran.

Jika kamu itu anak dara, janganlah kamu mudah melayan lelaki yang bukan hak kamu. Jangan bermain dengan api yang panas. Takut tangan terbakar beserta badan kamu. Kamu penyebab perceraian ini terjadi.

Jika ada yang membaca coretan ini dan ingin berumahtangga, fahami dalam-dalam ilmu asas munakahat. Insya allah. Kamu akan berjaya hingga akhirnya.



Aidahrifqi
Pencinta FE

1/10/2016

Tips perkembangan kanak-kanak Dari dalam Kandungan

Edit Posted by with No comments


Semua orang mahukan anak yang bijak, cerdas dan pintar. Tetapi berapa ramai kita yang bergelar ibu bapa ini benar-benar membantu anak untuk membesar sebagai anak yang bijak? Kalau asyik sibuk melayan ‘hand phone’ dan membiarkan anak mengadap cerita kartun di televisyen atau tablet sahaja macam mana kita hendak melihat anak membesar sihat dan cerdas.

Berikut adalah lima tip mudah yang boleh diamalkan sejak anak anda usia bayi lagi. Jangan ingat bayi kecil tidak faham apa-apa. Bahkan mereka sudah mula belajar sejak hari pertama lahir ke dunia lagi. Apa yang penting, papa dan mama perlu rajin mengamalkannya.

Rajin berbual dengan bayi

“Berbual dengan bayi? Apalah yang dia faham.” Tentu itu tanggapan sesetengah daripada anda. Betul tak? Hakikatnya jika anda rajin berbual dengan bayi, ia membantu anak anda membina kemahiran pertuturan dengan lebih pantas. Bukankah memori bayi seperti sebuah span. Menyerap apa sahaja dengan pantas dalam enam tahun pertama kehidupannya. Bila tiba masanya, bayi anda akan cepat bercakap hasil daripada kerajinan anda berbual dengannya.

Membaca buku

Rutin membaca buku boleh dimulakan sejak bayi lagi. Walaupun dia tidak faham tetapi bayi akan menunjukkan tindak balas teruja apabila melihat buku dan mendengar anda membacakannya buku. Buku yang penuh dengan warna warni dan pelbagai lukisan membantu merangsang kemahiran koordinasi mata dan telinganya.

Mengenalkan alam

Ini merupakan pelajaran asas sebuah kehidupan. Sesekali bawa bayi anda keluar bersiar-siar dan kenalkan dia kepada alam sekitar. Dengan memberitahunya tentang pokok, bunga, haiwan, awan, bulan, matahari dan sebagainya, anak belajar banyak perkara baharu.

Mari bermain warna

Kita sedia maklum, bayi sangat teruja melihat objek berwarna. Oleh itu apabila sudah tiba waktu yang sesuai, anda boleh mengajarnya mengenal warna. Tidak semestinya perlu menggunakan alat tulis berwarna, cukup dengan pelbagai objek di sekeliling anda. Sesekali tidak salah membiarkan si kecil berseronok bermain dengan pensil warna.

 Ajar mengira


Kalau mahu anak bijak matematik, apa kata mulakan ajar mengira sejak mereka kecil lagi. Jangan risau, bukan perlu menggunakan pensil dan kertas. Cara paling mudah, sambil anda mendukung bayi, ajarnya mengira 1 hingga 10 setiap kali anda bergurau senda, menciumnya atau sambil berjalan naik tangga. Secara tak langsung anda telah memupuk semangat sukakan nombor sejak dia kecil lagi.

Buat masa ini dahulu ya, nanti saya kongsikan perkara yang lain.