Ramai orang sering melakukan kesilapan apabila mengaitkan branding dengan nama produk dan design logo semata-mata.
Quote:
"Branding is what people talk about you when you are not in the room."
Maksudnya, branding adalah apa yang orang akan cakap berkaitan kita (atau produk) apabila kita tiada.
Alah, maksudnya apa yang jadi topik umpatan/gossip perbualan orang ramai lah.
Maka, branding melibatkan banyak faktor, terutama sekali di Instagram.
Perkara pertama yang akan dilihat oleh user lain apabila kita
membuat request untuk Follow mereka adalah:
membuat request untuk Follow mereka adalah:
1. Gambar profile
2. Nama profile
3. Username
Pastikan ketiga-tiga faktor tersebut kelihatan professional dan bersesuaian dengan niche bisnes anda.
Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan sepanjang menceburi bidang Instagram Marketing, pengguna Instagram lebih berminat/cenderung untuk Follow akaun yang kelihatan lebih 'personal'.
Maksudnya, diuruskan oleh seseorang individu/pemilik bisnes itu sendiri. Terutama sekali mereka yang menjual sebagai agent/dropship bagi sesebuah produk.
Oleh itu, apa yang sering saya cadangkan pada kebanyakkan student/client saya adalah..
1. Gambar profile
• guna gambar sendiri/logo
• kelihatan professional/meyakinkan
• sila rujuk contoh:
@freakyputra
@surikuofficial
@octohouse
2. Nama profile
• nama produk
• nama sendiri
• lokasi anda
• contoh:
- Prudential | Abu Bakar | KL
- Aminah | Shaklee | Klang
3. Username
• Instagram tak sama seperti Facebook, elakkan username yang terlalu Hardsell.
• guna nama produk/cipta nama baru yang lebih kelihatan 'personal' dan misteri
• cuba elakkan nama berikut:
- @ubatkurusdancantik
- @bajukurungtermurah
Kebanyakkan pengguna Instagram terdiri daripada orang muda, atau mereka yang ingin lari dari 'kesibukkan' di Facebook. Jadi, elakkan cara menjual seperti di Facebook.
Fokus kepada branding akaun Instagram anda terlebih dahulu.
Sekiranya mereka berminat, mereka akan Follow anda. Sekiranya mereka percaya,
mereka akan mula membeli.
Ini cuma tips mudah sahaja untuk branding profile anda di Instagram. Ada banyak lagi faktor branding yang lain di Instagram.
Terima kasih kerana sudi baca. Jom kita siasat profile IG kita!
Selamat mencuba!
Your Instagram Hero,
Firdaus Putra FP
(@freakyputra)
P/s: Sila share sekiranya bermanfaat pada rakan-rakan lain. InsyaAllah.
Perkongsian dari Saudara Firdaus Putra.
0 ulasan:
Catat Ulasan