11/17/2016

50% ANNUALIZED RETURN DGN ASB LOAN/ ASB FINANCING

Edit Posted by with No comments
Dalam sebuah video penerangan di YouTube yg sudah ditonton beribu kali sejak setahun lalu, seorang presenter menerangkan tentang kelebihan ASB Financing. 

Beberapa kali saya menonton video tersebut dari semalam sehingga hari ini utk mengesahkan apa yang saya dengar dan saya faham.

Presenter menjelaskan, berdasarkan pemahaman saya:

- Modal utk ASBF ialah RM13,2000 utk membayar ansuran ASBF RM200,000 selama 30 tahun.

- Selepas 30 tahun, akan dapat pulangan RM200,000

- Pulangan RM200,000 dengan modal RM13,2000, pulangan terkumpul ialah 1515%.

- Pulangan terkumpul 1515% dibahagi 30 tahun bersamaan dengan 
ANNULIZE RETURN 50.5% SETAHUN

- Presenter siap mengeluarkan ayat cabaran bahawa tidak ada pelaburan yg boleh berikan pulangan setinggi itu.

JADI APA MASALAHNYA?

Saya tiada masalah dengan strategi ASBF. Mana-mana pelaburan pasti ada potensi dan risiko tersendiri. 

Cuma yang saya amat terperanjat dengan dakwaan "ANNUALIZE RETURN 50.5% SETAHUN".

Berkali-kali saya congak dan buat kiraan sendiri, ia satu kesilapan yang nyata. Selepas saya menonton video tersebut, ada beberapa "suggestion video" dari YouTube tentang ASBF / ASBL.

Rupa-rupanya memang ramai yg juga mempromosi ASBF melalui kiraan yg seumpama itu.

Dan mungkin selama ini tidak ada teguran secara direct tentang perkara tersebut dari rakan-rakan dalam industri terbabit, menyebabkan ia digunakan sewenang-wenangnya sebagai "sales idea" utk melariskan jualan.

Jadi, biar saya yg lakukan teguran terbuka biarpun ia memberi imej negetif terhadap saya "suka burukkan bisnes orang lain".  Hahaha...

IA MISLEADING

Sebagaimana saya menentang ajaran sesat "medical card ROI 40%",  "takaful haji lebih baik dari Tabung Haji sebab ada coverage dan untung lebih tinggi dari TH" dan lain-lain misleading yg pernah saya dedahkan, maka begitu juga saya menentang ajaran sesat  "ASB Financing annualized return 50%". 

Sebenarnya dalam bidang kewangan di Malaysia terutama orang Melayu, ada banyak ajaran sesat yg berleluasa. 

Sebelum ini saya pernah baca teguran umum dilakukan oleh Tuan Suzardi Maulan tentang misleading ASBF ini. Teguran demi teguran secara umum sudah dilakukan tapi masih berlaku. 

Jika ada pihak lain yg ingin menegur secara lembut, saya alu-alukan dan saya hormatinya tanpa mempertikaikan cara tersebut. 

Cuma cara saya berbeza. 

Kes-kes sebegini sudah lumrah saya hadapi, dan biasanya saya akan dituduh sebagai mengganggu periuk nasi orang lain, memburukkan kompeni orang lain dan lain-lain. 

Saya bertangungjawab dengan apa yg saya tulis.

Dalam kes-kes sebelum ini, tidak kurang yg mengatakan saya yang silap dan mengugut utk membuat laporan ke phak berkuasa. Saya alu-alukan, dan jika saya silap saya takkan segan silu utk memohon maaf.

Bayangkan, jika annualized return 50% digembar-gemburkan utk menandingi return pulangan ASB 7%, ia adalah kesalahan yg nyata lagi terang. 

Bagi sesiapa yang ikuti FB saya sejak sekian lama, saya sudah perangi misleading sejak sekian lama hatta dari kompeni yang saya wakili sendiri.

Saya tidak kisah dituduh "suka memburukkan bisnes orang lain", asalkan saya tidak menjadi syaitan bisu yang hanya attack scam, skim cepat kaya, skim too good to be true, tapi misleading yg berlaku dari kalangan pemain indsutri saya diamkan.

ANNULIZE RETURN vs SIMPLE ROI

Penggunaan kedua-dua istilah ini adalah perkara asas dalam merancang pelaburan.

Ia bukan sekadar penggunaan istiah tetapi memberi impak berbeza.

Ia tidak seperti penggunaan istilah takaful dengan insurans, atau istilah loan dengan financing. Dari segi maksud sama, yg berbeza pada ketepatan istilah patuh syariah dan kontrak.

Baik, berbalik kpd kedua-dua istilah ANNULIZE RETURN dan SIMPLE ROI. 

Contoh mudah utk faham begini;

CONTOH 1:

- Tahun 1986 harga rumah ialah RM50,000.

- Tahun 2016 harga rumah tadi sudah menjadi RM500,000

- Berapa kenaikan? Banyaaaaaaaak!

- Kenaikan 10 kali ganda, yakni 50,000 x 10 = 500,0000

- Gunaakn kalkulator, kita akan dapati pulangannya ialah 900%.

Jika buat kiraan SIMPLE ROI, kita akan dapat 900% dibahagi 30 tahun, sama dengan 30%.

Wow!!!! 30%???  Banyaknya!!!

Nanti, adakah anda sangka 30% ini jauh lebih tinggi dari 7.5% keuntungan ASB??

Jika itu tanggapan anda, ANDA SILAP. 

ANDA SILAP BESAR JIKA ANDA MEMBANDINGKAN 30% PULANGAN DI ATAS DENGAN PULANGAN ASB 7.5%

Gunakan kalkulator ROI, pulangan sebenar harga rumah di atas ialah 7.98%

Maknanya, ia hanya tinggi sedikit daripada pulangan ASB 7.5%. Tidak sampai pun 1%

Rujuk gambar utk dapat gambaran sebenar.

CONTOH 2

Kali ini saya akan berikan contoh berdasarkan KES MISLEADING ASBF tadi.

- Modal RM13,200

- Untung selepas 30 tahun RM200,000

- Pertumbuhan pulangan selama 30 tahun = 1515%

- Jadi, ANNUALIZE RETURN = 50.5% 

Kesimpulan dakwaan ANNULIZE RETURN 50.5% ASBF ini adalah satu MISLEADING yang nyata.

ANNULIZE RETURN hanyalah 9.48%, bukan 50.5% sebagaimana yang didakwa.

Rujuk gambarajah utk dapatkan kiraan sebenar.

Jika 50.5% ialah ANNULIZE RETURN, maka RM13,200 akan jadi sebanyak RM2.7 BILLION!! Tinggi sedikit daripada derma yang diperolehi oleh PM kita daripada Pak Arab.

BUKANKAH IA TOO GOOD TO BE TRUE????? Apa beza jika ia disengajakan dengan sang scammer yang mempromsi skim too good to be true?

APA SUDAH JADI?

Terjadilah apa yang terjadi hari ini.

Ekonomi orang Melayu kita sudah parah teruk. Kedudukan kewangan orang Melayu terus terkebelakang. Kalau bukan kita yg berada dalam industri kewangan yg tampil ke hadapan utk membetulkan keadaan, hendak harap siapa lagi?

Kalau yg lulus exam CUTE / TBE / PCE pun masih tidak menerangkan perakar yg betul kepada masyarakat, takkan hendak menghadapkan masyarakat pandai sendiri.

Inilah juga sebahagian punca kenapa orang-orang Melayu suka mencari skim-skim too good to be true, skim cepat kaya kerana mereka nampak pulangan Tabung Haji, ASB sekitar 6% - 7% adalah sedikit.

Jadi, sebelum ia merebak lebih teruk, saya kongsikan tulisan ini.

Jika ada kesalahan pada tulisan di atas, boleh tegur secara terus dan tunjukkan secara spesifik. Jika benar ia silap, saya akan betulkan.

Yang menjadikan saya tergerak utk post ke FB perkara ini, kerana ketika kecoh-kecoh isu ini dalam status FB Tuan Azree, nama presenter yang dakwa "ANNULIZE RETURN 50%" ditag dan dia komen seolah-olah mempertahankan dakwaan tersebut dengan mengatakan dia ada metod lain.

Namun apabila ditanya aakah methodnya, tidak diberikan respon malahan ada ejen-ejen ASBF lain yang mempertahankannya.

Saya sempat juga PM beliau pagi tadi dan komen di FB beliau mohon penjelasan, mungkin ada method yg berbeza. Jika benar ada method berbeza, saya pun ingin tahu.

Ada juga yang menggunakan alasan gunakan isitilah ANNULIZE RETURN utk memudahkan pemahaman ejen baru dan juga utk memudahkan pemahaman prospek.

Jika alasan itu digunakan, nampak sangat ia memang DISENGAJAKAN utk mengajar cara kiraan yang silap / MISLEADING kpd ejen baru dan prospek.

SIMPLE ROI - BILA DIGUNAKAN?

Tahukah anda, tidak ada badan-badan research tentang  kewangan di dunia yang menggunaan SIMPLE ROI sebagaimana ejen ASBF guna?

Boleh rujuk laporan di Lipper, Novagni, Morningstar dan lain-lain, mereka hanya gunakan

1. Total Return
2. Annualize Return

Tidak ada badan-badan di atas ini menggunakan SIMPLE ROI dan tidak boleh boleh dibandingkan dengan ANNUALIZE RETURN.

Wallahua'lam

-AFYAN M.RAWI

JANGAN PUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH

Edit Posted by with No comments


Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang firman Allah ta'la :

"Wahai anak adam, sesungguhnya selagi engkau berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak Peduli (betapa banyak dan besarnya dosa itu).

Wahai anak Adam, seandainya dosa engkau hampir memenuhi ruang antara bumi dan langit lalu engkau minta keampunan-Ku nescaya akan Aku ampuni semuanya.

Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan yang memenuhi bumi kemudian engkau menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan kempunan sepenuh bumi jua."

[HR At-Tirmidzi dan katanya : Hadith Hasan]