Assalamualaikum semua, nampaknya ini entri saya yang pertama untuk bulan Disember. Dah bersarang blog saya ni. Aduh..!! Kasihan saya..
Untuk entri kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit maklumat yang saya baru dapat dari Ar-Rahnu Pejabat Pos. Sebab itu tajuk kali ini, seolah-olah saya dapat ilmu baru..hehe, jika awak berfikir begitu, maka betullah tanggapan awak.
Sebelum ini, saya ada bercerita cara untuk membuat pajak gadai di Ar-Rahnu Pejabat Pos <----- (klik sini).
Kali ini saya nak kongsikan perkara yang kita perlu tahu, sebelum kita memajak emas kita.
Pertama sekali perkara yang kita kena tahu ialah:
1- Adakah nama kita akan tersenarai sebagai peminjam di Bank Negara?
Untuk pengetahuan semua, Jika anda membuat pajakan di Pejabat Pos, nama anda tidak akan tersenarai di dalam Bank Negara (CTOS).
2- Pinjaman yang dibuat pada Bank yang menawarkan pajakan emas, akan meminta jumlah pinjaman secara keseluruhan.
Contoh, Jika anda meminjam RM2000 di Bank Agro ( sebagai contoh). Maka, anda perlu membayar RM2000 sebelum menebus pajakan anda.
Tetapi, berbeza dengan cara pajakan di Pejabat Pos. Jika anda ingin mengambil emas pajakan anda, anda masih boleh membayar secara ansuran.
Contoh, anda pinjam RM2000. Anda masih boleh membuat bayaran secara ansuran di mana-mana pejabat pos yang menawarkan pajakan.
Anda hanya memberi kad pengenalan dan wang ansuran. Pegawai akan memotong cas pinjaman dan upah semasa sahaja. Di sini, akan berlaku pengurangan pinjaman terdahulu. Begitulah seterusnya.
Jika anda rasa nak buat cara ini pon boleh. Almaklumlahkan, zaman sekarang, semua nak kena pakai wang..jadi kalau tak buat ansuran, takut duit entah pergi kemana..huhuhu....
Baiklah, buat masa ni, ini sahaja yang dapat saya kongsikan kepada anda.
Jika anda masih tak faham, boleh turunkan pertanyaan di ruang komen ya. Insya Allah saya akan balas..hehehehe =)